Dua orang rakan saya sedang sibuk mempromosi bisnes terbaru mereka. Kalau tak salah saya, jual minyak wangi. Lebih menarik lagi perniagaan ini melibatkan sistem Multi Level Marketing (MLM), pelan perniagaan yang kini hangat dalam pasaran kita. Malah, telah menarik golongan pakar ekonomi Islam untuk mengkaji lebih dalam tentang halal haramnya.
Itulah tidaklah menghairankan saya. Memang biasa, pendokong MLM akan cuba mencari seberapa banyak jaringan yang bagi menambah pendapatan. Begitulah MLM. Tetapi, saya tertarik (lebih tepat – menyampah) dengan sikap segelintir dari kita yang begitu obses dengan DUIT.
“Baik masuk yang ni! Yang ni tak macam yang tu. Yang tu ade komisen tinggi. Kena untuk dapat pendapatan sekian sekian, kena belanja sekian sekian.”, seorang daripada mereka cuba mempromosi pakej tersebut kepada beberapa rakan yang lain. Itu perkara biasa.
Namun, bila teringat kepada kata-katanya beberapa hari lalu, jelas, duit mampu merubah manusia. Semuanya kerana duit.
“Saya dah 4 tahun join ni. Saya selalu ikut kursus dia untuk belajar berubat. Di Kelantan, aktivitinya cukup aktif”, beliau seperti berbangga dengan saya. Cukup hebat digambarkan pengalaman beliau bersama syarikat tersebut.
TETAPI, kini beliau memijak pula ‘yang itu’. ‘Yang itu’ lah bisnes yang beliau angkat dan bangga sebelum ini. Namun, apabila ditawarkan pula pakej bisnes lain yang lebih ‘menarik’, sanggup dipijaknya semata-mata untuk naik dan mencari rangkaian! Cukup menggeli hati. Bisnes tersebut dipromosi cukup hebat, tak seperti yang dialami sendiri.
Beberapa rakan bertanya, “Jual minyak wangi je ke?”
“Eh, ni bukan minyak wangi biasa. Dia ada aura. Boleh bagi motivasi, tenang fikiran. Boleh buat duit pulak tu!”, wah begitu hebat sekali. Saya tertanya dalam hati, macam mana dia tahu, sedangkan baru sahaja mendaftar hari sebelum itu. Dia pun belum mencuba produk tersebut.
Jauhi saya dari sikap ini ya Tuhan.
D.U.I.T.
Empat huruf yang cukup bermakna bagi manusia. Tidak semua. Tidak bagi mereka yang cintakan akhirat. Bagaimana cara memanfaatkan DUIT?
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – tawakkal
Tinggalkan Jawapan