Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 7 Julai 2009

pernahkah anda menyaksikan filem Madagascar? termasuk juga Madagascar 2?

boleh dikatakan sayalah antara ‘ashabul akhirin’ yang menyaksikan filem ini. kelakar pula..

saya bukanlah peminat filem, terutama kartun. bagi saya, kerja menonton filem ini kerja buang masa. itu dulu. lebih baik saya membaca.

tetapi disebabkan beberapa orang rakan saya peminat filem, maka secara tidak langsung saya terpengaruh.kata orang, pengaruh rakan sebaya. namun, saya menonton kerana isi. kerana isu. rupa-rupanya filem adalah wajah. wajah kita manusia. saya menonton kerana mencerminkan. filem memberi saya pengajaran tentang habit manusia.

apapun, saya tidak beli filem. saya juga tidak menonton di panggung. mungkin rakan saya download di internet. tak wajarlah kita menyumbang kepada si Yahudi dan Nasara semata-mata untuk menonton.

Tonton Berpanduan

Allah berikan ‘Islam’ ini kepada manusia dan alam. ISLAM itu tunduk. ISLAM itu patuh. kepada siapa? kepada Dia selaku Pencipta.

mengapa alam ini mampu survive sehingga hari ini? mengapa bulan tidak pernah bertembung dengan bumi? mengapa matahari tidak pergi ke tempat lain?

semuanya kerana mereka ISLAM. mereka TUNDUK dan PATUH kepada peraturan Allah.

inilah yang perlu manusia pelajari dari alam. belajar untuk tunduk dan patuh kepada kehendak Allah. lebihnya manusia dari yang lain adalah akal, punyai pilihan. sebab ‘pilihan’ inilah manusia boleh diangkat, juga di jatuhkan oleh Allah.

mengapa mesti tunduk dan patuh? kerana Dia lebih tahu tentang kita. dia yang mencipta, Dia lebih tahu. sebagaimana syarikat Proton tahu tentang baik buruk untuk si Gen 2, Waja, Persona dan rakan-rakannya. kerana mereka yang mencipta makhluk kereta itu. apatah lagi Allah. Yang MAHA Mengetahui.

kita, hamba, tidak perlu rimas dan ragu tentang KENAPA dan KENAPA. kita turut Dia. insyaAllah selamat.

sebagaimana perbuatan lain itu dipandu oleh Islam, begitu juga menonton. itu tidak dapat dinafikan. Undang-undang Islam wujud dalam hati orang yang beriman, sekalipun tidak pada kerajaan.

berbalik kepada filem. bagi saya, filem-filem lebih menonjol dari segi pengajaran. apatah lagi dipersembah dengan jalan cerita dan susun atut yang menarik. filem kita mungkin agak ketinggalan. masih lagi bermain soal cinta dan cinta. bosan.

jadi, apabila ianya barat, maka adatnya juga pasti barat. jika diterbit oleh Yahudi, unsurnya juga pasti diYahudikan.

justeru, fikirkan undang-undang buat diri kita, berlandaskan Al-Quran. cadangan saya:

1. Pilih filem yang tidak mengandungi unsur-unsur SX. yang ini agak sukar dicari. hatta filem Melayu sekalipun, sebenarnya mengandungi ‘benda-benda lucah’. tengoklah pada pakaian. terang-terang mendedahkan, jadi jangan dimaraha pada kes rogol, cabul dan sebagainya.

langkah terbaik, cadangan saya, tonton kartun sahaja! hehe

jujur saya katakan, Kung Fu Panda merupakan filem kartun pertama yang saya tonton. dan filem inilah yang menarik hati saya untuk menonton filem kartun. biasanya filem kartun jauh dari unsur lucah, apatah lagi ‘dilakonkan’ oleh haiwan-haiwan! (Shin Can berkecuali dalam hal ini)

2. unsur-unsur keagamaan juga perlu diambil perhatian serius. kini, Yahudi begitu bijak dalam mempermainkan kita umat Islam. menurut rakan saya, di sana ada beberapa filem yang memainkan isu keagamaan, malah cuba mengubah perspsi masyarakat tentang sejarah. terutama sejarah umat Islam! sejarah-sejarah ini cuba diputarbelitkan.

akidah kita perlu dijaga. kerana itulah membeza antara syurga dan neraka. yang terbaik, tinggalkan sahaja filem sebegini. jika anda ragu sahaja walau sedikit, nauzubillah, mungkin mengundang murka.

3. tidak melalaikan. yang ini juga banyak melibatkan perkara-perkara harus yang lain. buatlah perkara harus jika anda mahu. tetapi jangan mengabaikan yang sunat, apatah lagi wajib. solat jangan lupa. amalan perlu dijaga. tontonlah sekadar yang perlu.

Madagascar

madagascar

yang ini anda sudah tonton?

jika anda tonton, anda pasti ketawa dengan telatah lucu haiwan-haiwan ini. haha.. namun jangan lupa soal pengajaran.

antara pengajaran yang saya dapat:

1. saya sebagai ‘bakal dihantar ke mana sahaja’, perlu bersedia setiap masa. saya mungkin ke hutan. minda dan pemikiran sayalah yang menentukan hidup saya di sana. jika saya menganggap hutan sebagai peluang, maka ianya adalah peluang. jika beban, terbebanlah!

2. ukhuwah merupakan perkara penting di dalam berjuang. kadang kala, kita jauh dari landasan sepatutnya. tidak saya nafikan, akidah adalah tunjang. namun manusia itu punyai hati. hati itu mengusai tindakan. hati pula dikuasai oleh beberapa perkara. ukhuwah salah satu darinya. Nabi kata kawan dengan penjual minyak wangi, maka kita akan terlekat bau wangi. rakan yang baik, dan nilai ukhuwah yang tinggi mampu mendorong kita ke jalan yang baik.

apapun, setakat ini tidaklah pula sehingga mengahadap filem setiap masa. mohon dijauhkan. filem merupakan secebis kecil dari masa harian saya. itupun jika ‘terlalu’ lapang. mungkin seminggu sekali. atau sebulan sekali.

selamat menonton!

Read Full Post »